Showing posts with label Tok Guru Haji Hassan Lampung. Show all posts
Showing posts with label Tok Guru Haji Hassan Lampung. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Tok Guru Haji Hassan Lampung aka Tok Guru Haji Hassan Golok



Tok Guru Haji Hassan Lampung aka Tok Guru Haji Hassan Golok (1866-1964) was my wife’s grandfather on the paternal side. He was a mubaligh migrant from Lampung, Sumatra where he set-up an Islamic madrassah school (now defunct) at Sungai Golok. A row of four shop lots were build by his son, Haji Yahya bin Haji Hassan, after his deceased adjacent to his former house. Two units of the shop lots were sold and the remaining two units are rented out until today to help in the maintenance of an old mosque known as Masjid Tok Guru Haji Hassan, which is still in use until today. He peacefully passed away at the ripe age of 97 at Sungai Golok, Narathiwat, Thailand. Al-Fatihah. [pics – Tok Guru Haji Hassan Lampung and his former wooden house (dated 24 October 1941), surrounded by mature Hevea rubber trees, build by his son at Sungai Golok, Thailand]

~~~~~~

Tidak banyak maklumat tentang Tok Guru Pondok Haji Hassan. Beliau juga dikenali dengan gelaran TOK GURU HJ HASSAN GOLOK dan juga digelar TOK GURU HAJI HASSAN LAMPUNG. Menurut riwayat daripada anaknya, Haji Yahya, beliau merajuk atas perkara yang tidak diketahui dan berhijrah dari Lampung, Sumatera semasa berumur belasan tahun dengan meninggalkan saudara-maranya dan menetap di Kg Sireh, Kelantan. Menurut anaknya juga, nama Hassan Abdullah adalah samaran dan bukan nama sebenarnya untuk mengelak daripada dikesan dan beliau juga memesan supaya tidak menjejaki keluarganya di Sumatera. Bagaimanapun seorang ahli keluarganya dari Sumatera (tidak pasti hubungan kekeluargaan tetapi kemungkinan sepupunya) telah menjejakinya, berkahwin dan menetap di Sungai Golok. Waris saudaranya ini dipercayai ada di sana tetapi telah terputus hubungan.

Hajjah Meryam b Haji Yahya/Hajjah Wan Khapsah b Tok Guru Haji Hassan meriwayatkan Tok Guru dengan linangan air mata hanya menceritakan asal usulnya pada akhir hayatnya. Beliau adalah anak tunggal dari isteri pertama bapanya dan melalui emak yang berlainan mempunyai 11 orang adik beradik. Tok Guru tiba ke Semenanjung melalui Pulau Pinang sebelum merantau ke Kelantan. Menurut Siti Meryam juga Tok Guru, mempunyai perwatakan (pertuturan dan rupa paras) sama dengan Prof Dr Hamka (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah ) dan mempunyai keistiwewaan suara yang mengagumkan semasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran tetapi malangnya suaranya menjadi serak akibat punca yang tidak diketahui. Tok Guru kembali ke rahmatullah pada usia 97 tahun dan dikebumikan di Sungai Golok. Jenazahnya diusung oleh pejalan-pejalan kaki ke tanah perkuburan yang agak jauh dan disambut bertali arus oleh orang ramai di sepanjang jalan. Malah pergerakan bebas orang-orang yang menziarahinya tidak dibatasi oleh sempadan dua negara Malaysia-Thailand dan jambatan yang merentasi Sungai Golok dibenar lalu-lintas oleh pihak imigresen tanpa gangguan. Beliau begitu disanjung bagi mereka yang mencintai Islam dan masjid dibinanya telah dibesarkan dan selenggara dengan sempurna, diimarah dan dimakmur sehingga kini. Antara anak-anak muridnya yang dapat dikenalpasti ialah, Tok Guru Haji Ahmad Repek, Pasir Mas dan Tok Guru Haji Abas, Besut dan ramai lagi yang belum dapat dikenalpasti.

Penghijrahan Tok Guru Haji Hassan dari Kg Sireh, Kelantan ke Sungai Golok, Thailand berlaku semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua dan penaklukkan Jepun di Malaya.Di situ beliau menubuhkan sebuah pondok yang dikenali dengan nama Pondok Tok Guru Haji Hassan. Beliau juga dipercayai dari kalangan keluarga berpendidikan agama di kampung asalnya. Kitab-kitab yang digunakan untuk mengajar ilmu agama dipercayai masih terdapat di Masjid Tok Guru Haji Hassan di Sungai Golok, Thailand dan juga di rumah anaknya, Haji Yahya di Kg Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.

Selepas kematiannya, anak-anaknya telah mengambil keputusan menjual harta pesaka peninggalannya termasuk rumah kerana bimbang dengan risiko keselamatan di tanah jajahan Siam tersebut.

Melalui catatan berkaitan tokoh-tokoh ulama' Kelantan, namanya sering terselit bersama. Beliau dilaporkan pernah berguru dengan Haji Mohd Yusoff Ahmad atau lebih dikenali dengan tempat asalnya, TOK KENALI (1870 - 1933) dan nama anak muridnya, Hj Hassan Lampung disebut antara angkatan ulama' pelapis berwibawa yang begitu ramai sekali tersebar di pelusuk tanah air dan di luar negara.

Seorang lagi ulama' Nusantara yang tersohor yang dipercayai guru kepada Haji Hassan Lampung ialah Abu Abdullah Sayid Hassan bin Nur Hassan, TOK KHURASAN (1875 - 1944). Tok Khurasan berasal dari Baffa, Pakistan dan berkebolehan luar biasa menguasai banyak bahasa, termasuk Bahasa Melayu. Sekitar tahun 1920 beliau berpindah, mendirikan rumah-tangga dengan mengahwini wanita Melayu tempatan bernama, Tok Ti (nama penuh belum diketahui) juga sepupu kepada Umi Kalsum, isteri pertama Tok Guru Haji Hassan Lampung dan menetap di Bawah Lembah Kampung Sireh, Kelantan. Di sini beliau mengabdikan diri mengajar dengan bersungguh-sungguh, bertempat di atas sebuah bangsal berlantai buluh yang didirikan berhampiran dengan Surau Dar al-Hadith al-Khurasaniah (bangunan surau ini masih kekal sampai sekarang). Sayid Hassan meningggal dunia pada waktu fajar hari Isnin 4 September 1944. Upacara pengkebumian J'enazah Tok Khurasan mendapat perhatian yang besar daripada masyarakat setempat. Beliau dikebumikan di pusara Limau Manis, iaitu di luar pagar Kota Darul Naim sekarang.

Wallah hu’alam!

I Love Geni

About Me

My photo
..not an exceptional being. Striving hard to keep up with my family's needs. Money doesn't come easy for me except with sweat and hard work. Hates and I say hate hypocrites and unclean hands talking philosophy that will only last as long as a fart in a hot skillet!